21619---garnier-rewrites---skin-care---adult-skin-problems-top-7_eng 21619---garnier-rewrites---skin-care---adult-skin-problems-top-7_eng

Bagaimana Meminimumkan Masalah Kulit Dewasa: 5 Penyelesaian Utama Penjagaan Kulit Kami Untuk Anda

Masalah kulit dewasa seolah-olah menyerang tanpa amaran. Seawal usia dua puluhan, anda mungkin mendapati diri anda berhadapan dengan pelbagai isu dari hingga tanda-tanda awal keletihan dan kehilangan keanjalan. Berikut adalah lima perkara utama yang perlu diingat berkaitan gabungan kecantikan yang sesuai untuk kulit anda.

Ringkasan:
  • Membersihkan
  • Mengelupas
  • Melembap
  • Melindungi
  • Menghidratkan

Membersihkan: Untuk Menyingkirkan Kekotoran

Tiada dua pembersih wajah yang serupa, jadi pastikan untuk mengambil kira umur, jenis kulit dan apa-apa isu kulit anda apabila membuat pilihan. Perlu diingat bahawa produk yang direka untuk akne remaja diformulasikan secara berbeza daripada yang direka untuk akne dewasa. Sebaik sahaja anda selesai membersihkan, pastikan untuk membilas sebersih-bersihnya untuk mengelakkan pengeringan kulit anda. Kulit normal benar-benar boleh mendapat faedah daripada penggunaan secara tetap pembersih seperti Light Complete Brightening Foam / Sakura White Pinkish Radiance Foam, manakala Pure Active Acne & Clearing Foam Oil akan lebih sesuai untuk kulit berminyak dan cenderung akne.


Mengelupas: Untuk Menyingkirkan Sel Kulit Mati

Pengelupasan boleh mencergaskan semula kulit anda, memberikan anda lebih banyak kawalan terhadap kulit anda semasa memulihkan semula seri keremajaan. “Pengelupasan wajah” secara menyeluruh menyingkirkan sel-sel kulit mati, serta minyak dan kotoran yang tersisa selepas pembersihan, jadi kulit anda boleh menyembuhkannya menerusi penghasilan minyak semula jadi dan penjanaan semula sel. Anda boleh menambah skrub pengelupasan yang lembut ke dalam rutin malam penjagaan kulit anda dua kali seminggu.


Melembap: Untuk Menjadikan Kulit Berseri

Semakin meningkat usia kita, kulit kita akan hilang keanjalan dan kegebuan. Walaupun ini adalah proses semula jadi, ia boleh dikurangkan dengan melembapkan secara tetap. Cuba gunakan krim malam dan siang pakar yang menyasarkan masalah tertentu seperti tompok-tompok kering atau kehilangan kolagen. Ia juga berfaedah kepada anda untuk membuat susulan rutin pembersihan dengan Light Complete Yuzu Day Cream dan Light Complete Night Yogurt Cream.


Melindungi: Untuk Mengurangkan Kerosakan Matahari

Sinaran UV berbahaya untuk kulit anda dan diketahui menyebabkan pelbagai masalah kulit, termasuk membuatkan kulit anda kering dan hilang keanjalannya. Menggunakan produk yang mengintegrasikan perlindungan kulit merupakan langkah penting dalam rutin penjagaan kulit harian anda – jadi dapatkan faktor 50 tersebut!


Menghidratkan: Untuk Merangsang Kelembapan

Terdapat trend yang semakin meningkat berkaitan masker lembaran penghidratan - kami cadangkan anda mencuba secepat mungkin jika anda belum lagi berbuat demikian, terutamanya jika anda suka melakukan berbilang tugas sambil menjaga kulit anda. Masker tisu tidak mencomot ini adalah penyelesaian yang perlu anda dapatkan untuk memberikan muka anda rangsangan penghidratan yang kuat sekali atau dua kali seminggu sambil anda meneruskan kerja rumah anda atau berendam di dalam tab mandi.