Sejak 1904, Garnier telah menawarkan produk kecantikan yang inovatif dan efisien berasaskan sumber alam semula jadi yang dipertingkatkan dengan kepakaran dalam bidang penjagaan rambut dan kulit di samping menghubungkan sejagat.

KEPAKARAN PENJAGAAN DIRI SEJAK BERABAD LAGI

Revolusi ikonik Garnier bermula pada 1904 apabila pengasasnya, Alfred Amour Garnier menghasilkan losyen rambut pertama yang dipatenkan, La Lotion Garnier menggunakan bahan daripada tumbuh-tumbuhan. Sejak berabad lalu, Garnier mengembangkan rangkaiannya dan mencipta reputasi sebagai pakar penjagaan kesihatan rambut dan kulit yang mementingkan kesihatan, kecantikan, anti-jerawat, anti-kusam dan UV di samping mengekalkan kesejahteraan alam semula jadi.

KECANTIKAN HAK MILIK SEMUA

Sehingga hari ini, Garnier telah mencipta reputasi di peringkat antarabangsa dengan beberapa jenama lain dalam 7 bidang kepakaran berbeza. Dengan produk yang dirumus untuk memenuhi keperluan pengguna dari seluruh dunia, kami menawarkan produk inovatif dan penyelesaian terhadap setiap masalah penjagaan penjagaan rambut dan kulit pada harga berpatutan.

KECANTIKAN SEMULA JADI ANDA

Garnier amat sinonim dengan penggunaan bahan berasaskan alam semula jadi seperti buah-buahan, bunga dan tumbuhan lain yang mempunyai khasiat untuk penjagaan kulit dan rambut. Bahan-bahan aktif yang terdapat dalam setiap produk kami diekstrak menggunakan kepakaran moden untuk memanfaatkan keberkesanannya.

KEKUATAN KAMI DATANG DARI ALAM SEMULA JADI

Garnier amat sinonim dengan penggunaan bahan berasaskan alam semula jadi seperti buah-buahan, bunga dan tumbuhan lain yang mempunyai khasiat untuk penjagaan kulit dan rambut. Bahan-bahan aktif yang terdapat dalam setiap produk kami diekstrak menggunakan kepakaran moden untuk memanfaatkan keberkesanannya.

KENCANTIKAN YANG BERKEKALAN

Di samping mengutamakan kecantikan kepada pengguna kami, Garnier juga berusaha mengurangkan kesan terhadap alam semula jadi. Garnier juga komited dalam menghasilkan produk yang mesra alam menggunakan bahan mudah urai (biodegrasi) dalam formula kami.