how-is-cleansing-with-micellar-water-different-than-other-cleansers how-is-cleansing-with-micellar-water-different-than-other-cleansers

Bagaimana Pembersihan Dengan Air Misel Berbeza Daripada Pembersih Lain?

Jika anda pernah mendengar tentang air misel tetapi tidak pasti akan faedahnya, kami akan memberikan anda gambaran keseluruhan mengenainya. Terdapat banyak faedah yang hebat dalam menggunakan produk ini tetapi adalah amat membantu untuk mengetahui bagaimana produk ini berfungsi berbanding dengan yang lain. Kami memberikan anda maklumat yang berkaitan penggunaan air misel, kebolehan pembersihan dan kemudahalihan. Ketahui bagaimana cara membersihkan muka anda dengan air misel dan sama ada ia adalah produk yang sesuai untuk anda.

  • 1. Kemudahan Penggunaan
    Salah satu ciri terbaik Micellar Water ialah betapa mudah untuk menggunakannya. Anda boleh menggunakan Micellar Water di mana sahaja; anda tidak perlukan singki untuk membilasnya. Apa yang anda perlukan adalah dua bola kapas atau pad yang anda tuangkan Micellar Water ke atasnya, kemudian dengan perlahan luncurkan di atas muka anda. Anda akan serta-merta dapat melihat kotoran dan jelaga yang ditarik oleh air Micellar Water. Ulangi proses ini sehingga anda telah menghilangkan semua kesan solekan, kotoran dan minyak dari muka anda. Ia biasanya mengambil dua hingga empat pusingan kapas untuk membersihkan sepenuhnya kulit anda bergantung kepada berapa banyak solekan yang anda pakai.
  • 2. Keseluruhan
    Micellar Water mengandungi misel iaitu zarah-zarah berasaskan minyak yang boleh menarik zarah-zarah lain dan menghilangkannya dari muka anda seakan magnet. Micellar Water sangat menyeluruh dan boleh melenyapkan pelbagai jenis produk solekan seperti bedak asas, solekan mata dan maskara. Ia juga menghilangkan peluh dan minyak yang berlebihan. Selalunya penjagaan kulit dan penyingkiran solekan bermaksud dua produk yang berasingan tetapi apa yang hebat tentang Micellar Water ialah ia dapat menangani kedua-duanya.
  • 3. Kemudahalihan
    Banyak pembersih didatangkan dalam botol besar yang tidak sesuai untuk dibawa ke sana sini. Apabila anda mencuba untuk menuangkannya ke dalam bekas yang lebih kecil, ia boleh menjadi sememeh kerana produk tersebut boleh menjadi terlalu pekat untuk dituangkan dengan mudah ke dalam botol bersaiz perjalanan. Micellar Water mudah dituang, menjadikannya teman perjalanan yang sempurna. Garnier Micellar Cleansing Water kini terdapat dalam botol mini 50ml, ia berguna untuk masa-masa yang sibuk seperti ketika dalam perjalanan, gim atau bahkan sembahyang harian!
  • 4. Serasi dengan Semua Jenis Kuli
    Micellar Water mempunyai formulasi yang sangat lembut dan ia serasi dengan semua jenis kulit. Ia berkesan tetapi menyebabkan kulit terhidrat dan segar semula. Walaupun kulit anda kering atau sensitif, Micellar Water tidak akan menyebabkan kulit anda terasa ketat atau kelihatan berkelupas.