first fixed slider

KOMITED KEPADA GREENER BEAUTY UNTUK KITA SEMUA

Sebagai jenama kecantikan natural yang terkemuka di dunia, kami berpeluang membantu mewujudkan kesan positif dengan meneraju ke arah kecantikan lestari yang boleh dimanfaatkan oleh semua orang.

green beauty video placeholder

KELESTARIAN KETERLIBATAN KAMI DALAM 5 LANGKAH

Garnier commits to Sustainable Green Beauty: sustainability through solidarity sourcing

Lebih banyak penyumberan perpaduan

Kami memperkasakan 670 komuniti sebagai sebahagian daripada program penyumberan bahan kami.

Menjelang 2025, ia akan merangkumi 800 komuniti.

KETAHUI LEBIH LANJUT

Formula yang lebih hijau dan lebih bersih

Pada 2019, formula baru syampu dan penjagaan rambut kami mencapai purata 91% terbiodegradasikan*.

Menjelang 2025, kami akan mencipta formula baru yang berprestasi tinggi dan dihormati untuk rambut dan kulit anda, yang dikuasakan oleh Green Sciences, seperti bioteknologi.

KETAHUI LEBIH LANJUT

Garnier commits to Sustainable Green Beauty: sustainability with green Sciences and biodegradability
Garnier commits to Sustainable Green Beauty: sustainability with recycled packaging

Lebih banyak pembungkusan yang dikitar semula & boleh dikitar semula

Pada 2019, terima kasih kepada penggunaan plastik kitar semula, kami menjimatkan 3670 tan plastik penggunaan pertama. Penghujung 2020, botol Fructis akan diperbuat daripada 100% plastik yang dikitar semula di Eropah dan Amerika Syarikat.

Menjelang 2025, semua produk kami akan diperbuat daripada 100% plastik yang dikitar semula dan 100% akan boleh dikitar semula, boleh diisi semula atau boleh diguna semula.

KETAHUI LEBIH LANJUT

Lebih banyak tenaga yang boleh diperbaharui

Sejak 2005, loji dan pusat pengedaran kami telah mengurangkan penggunaan air sebanyak 45% dan pelepasan CO2 sebanyak 72%.

Menjelang 2025, 100% tapak perindustrian kami akan menjadi neutral karbon.

KETAHUI LEBIH LANJUT

Garnier commits to Sustainable Green Beauty: sustainability with renewable energy
Garnier commits to Sustainable Green Beauty: sustainability by fighting plastic pollution with Ocean Conservancy

Lebih banyak tindakan untuk memerangi pencemaran plastik

Kami menyertai Ocean Conservancy untuk memerangi pencemaran plastik, menggerakkan seramai 373 pekerja bersempena Hari Pembersihan Pantai Antarabangsa.

KETAHUI LEBIH LANJUT

first fixed slider

MENGAPA OCEAN CONSERVANCY?

Garnier commits to Sustainable Green Beauty: sustainability by protecting the ocean with Ocean Conservancy

Berusaha untuk melindungi lautan

Sejak 1986, organisasi bukan untung dan sukarelawannya telah mengumpulkan lebih daripada 136,000 tan sampah menerusi aktiviti pembersihan pantai antarabangsa mereka, nyah cemar pantai dan laluan air di seluruh dunia.

Kami berjaya melakukannya!

Pada 21hb September 2019, pasukan Garnier di seluruh dunia dengan bangganya menyertai Ocean Conservancy bersempena Hari Pembersihan Pantai Antarabangsa untuk memerangi plastik lautan. Bersama-sama, 6 tan sisa buangan dibersihkan dari pantai dan laluan air di seluruh dunia.

LAYARI OCEAN CONSERVANCY

Garnier commits to Sustainable Green Beauty: sustainability by protecting the ocean with Ocean Conservancy
Garnier commits to Sustainable Green Beauty: sustainability by stopping plastic pollution with Plastics For Change

Plastics For Change

Tahun ini kami bergabung tenaga dengan Plastics For Change untuk menyokong pembangunan holistik komuniti pemungut sisa buangan dan mencegah plastik yang menuju ke lautan di India.

LAYARI PLASTICS FOR CHANGE

first fixed slider

Lebih banyak penyumberan perpaduan

Kami memperkasakan 670 komuniti sebagai sebahagian daripada program penyumberan bahan kami. Menjelang 2025, ia akan merangkumi 800 komuniti.

Bagaimana Garnier membantu petani?

Program Penyumberan Perpaduan (Solidarity Sourcing) memberi mereka yang biasanya tidak berada dalam pasaran kerja akses kepada pekerjaan dan pendapatan yang lestari. Kami komited untuk melaksanakan amalan perdagangan wajar di sepanjang rantaian bekalan, berusaha untuk menyokong dan memperkasakan petani dan pekerja untuk membantu mereka meningkatkan hasil pendapatan dan mata pencarian mereka. Kami juga menyediakan latihan untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang pertanian dan memberi mereka pengetahuan terkini mengenai pertanian organik.


Bagaimana Garnier membantu ekonomi setempat?

Kami memudahkan akses kepada perkhidmatan kesihatan atau mekanisme perlindungan kebajikan bagi kebanyakan pekebun kecil kami. Pada 2019, program Penyumberan Perpaduan kami membolehkan 670 komuniti yang menghadapi cabaran sosial atau kewangan untuk mendapat akses kepada atau mengekalkan pekerjaan dan pendapatan wajar. Kami juga bekerjasama dengan NGO untuk membantu memperkasakan komuniti menerusi penyumberan yang bertanggungjawab secara sosial atau "perpaduan" yang diprogramkan di seluruh dunia.

Sains & formula yang lebih hijau

Pada 2019, formula baru syampu dan penjagaan rambut kami mencapai purata 91% terbiodegradasikan.*

Menjelang 2025, kami akan mencipta formula baru yang berprestasi tinggi dan dihormati untuk rambut dan kulit anda, yang dikuasakan oleh Green Sciences, seperti bioteknologi.

*Seperti OECD 301 atau ujian-ujian setara.

Apakah maksud bersumber secara lestari?

Apabila Garnier memilih pembekal, kami mengambil kira isu etika, kesan alam sekitar, dan faktor sosial. Kami mahu bahan-bahan kami dihasilkan dan dituai dengan cara yang bertanggungjawab dan lestari. Ini termasuk petani, tanah yang digunakan, amalan pertanian, komuniti setempat, dan banyak aspek penyumberan yang lain.


Mengapa penyumberan lestari penting?

Garnier merasakan penyumberan lestari adalah penting kerana matlamat kami adalah untuk memastikan bahawa bahan-bahan kami yang boleh diperbaharui akan menjana semula dengan cara yang melimpah ruah, menambah baik biodiversiti dan mengurangkan kesan perubahan iklim.


Bagaimana kita boleh melindungi biodiversiti?

Menerusi program kami seperti Program Kesejahteraan Lebah yang Dihormati (Respectful Bee Welfare Program), Garnier secara lestari mendapatkan semua bahan-bahan yang berasal daripada lebah melalui rangkaian pemelihara dan pembekal lebah yang bertanggungjawab. Contoh lain ialah program Penyumberan Perpaduan kami dengan kerjasama PRONATURA, membantu 23 keluarga Mexico menerima guna amalan pertanian organik, termasuk inisiatif untuk memelihara biodiversiti di rizab yang dilindungi di sekitar ladang mereka.


Apakah strategi sumber lestari Garnier?

"Kami berusaha agar 100% bahan-bahan kami yang boleh diperbaharui bersumber secara lestari menjelang 2022. Kami komited sepenuhnya untuk melindungi biodiversiti dan planet ini dengan memanfaatkan green sciences untuk menawarkan kepada pengguna kami prestasi tinggi yang sama sambil memastikan bahawa setiap produk Garnier adalah lebih lestari. Hari ini, lebih daripada separuh bahan-bahan Garnier berasal daripada sumber yang boleh diperbaharui, dan menjelang 2025, kami mensasarkan 100% bahan-bahan kami yang boleh diperbaharui bersumber secara lestari.

Penyumberan lestari juga adalah keutamaan untuk pembungkusan kami. Pada 2019, 100% arahan penggunaan kotak kadbod dan produk kertas kami mempunyai sijil pengurusan hutan yang diurus secara lestari."


Bagaimana amalan lebih hijau Garnier?

"Kami telah membangunkan formula 98% berasaskan sumber semula jadi yang baru dan penjagaan kulit organik yang diperakui Ecocert serta secara berterusan mengurangkan jejak alam sekitar produk kami. Di tapak perindustrian kami, kami telah mengurangkan pelepasan CO2 dan penggunaan air kami dengan ketara.

Kami mendapatkan lebih banyak bahan-bahan semula jadi kami secara lestari setiap hari, melancarkan formula berasaskan sumber semula jadi dalam semua kategori produk kami. Pada 2019, kami memperkenalkan rangkaian organik yang baru. Kami telah meningkatkan prestasi kelestarian kilang kami dan mengurangkan penggunaan plastik asli (virgin plastic) dalam pembungkusan sambil meningkatkan kandungan yang boleh dikitar semula."


Apakah Green Sciences?

Green sciences merangkumi semua pengetahuan saintifik, termasuk mengubah bahan mentah semula jadi menjadi bahan semula jadi berprestasi tinggi menerusi proses seperti pengekstrakan atau penapaian, dengan cara yang lestari yang menghormati alam sekitar. Garnier memanfaatkan pengetahuan sains hayat terkini untuk menyerlahkan kuasa alam semula jadi dalam produk lestari kami yang berprestasi tinggi.


Apakah penanaman hijau?

Amalan pertanian yang menggalakkan pengeluaran bahan mentah semula jadi dengan cara yang memelihara ekosistem dan mengurangkan kesan terhadap alam sekitar. Ini boleh membawa maksud menggunakan lebih sedikit air, menghasilkan lebih sedikit pelepasan karbon dan mengurangkan sisa buangan.


Bagaimana untuk bertanggungjawab terhadap kecantikan?

"Garnier adalah pelopor dalam gerakan ketelusan, mendedahkan asal-usul bahan-bahan kami bermula pada 2017. Pada 2020, kami membuka jalan baru dengan berkongsi kesan alam sekitar dan sosial produk kami menerusi pelabelan alam sekitar baru yang hebat.

Kami mendapatkan lebih banyak bahan-bahan semula jadi kami secara lestari setiap hari, dengan formula berasaskan sumber semula jadi dalam semua kategori produk kami, termasuk rangkaian organik baru kami. Kami telah meningkatkan prestasi kelestarian kilang kami dan mengurangkan penggunaan plastik asli dalam pembungkusan sambil meningkatkan kandungan yang dikitar semula.

Strategi Green Beauty kami akan membolehkan kami membuat kemajuan yang lebih jauh dengan mengambil pendekatan hujung ke hujung terhadap kecantikan. Ini melibatkan komitmen untuk meningkatkan kesan produk-produk kami di sepanjang kitaran hayat mereka, membantu memelihara sumber semula jadi, memanfaatkan tenaga bersih dan mencegah sisa buangan."


Apakah maksud 'formula reka bentuk eko'?

Dengan penilaian kitaran hidup, makmal kami mengukur kesan alam sekitar produk kami selama bertahun-tahun. Kami memfokus kepada peningkatan formula terbiodegradasikan kami, mengurangkan jejak air kami, dan menurunkan kesan produk kami terhadap persekitaran akuatik.

Lebih banyak pembungkusan yang boleh dikitar semula

Penghujung 2020, semua botol Fructis akan diperbuat daripada plastik yang dikitar semula dan Garnier akan menjimatkan 7000 tan plastik asli dengan mengurangkan berat pembungkusan kami.
Menjelang 2025, Garnier mensasarkan semua pembungkusan diperbuat daripada 100% plastik yang dikitar semula, menjimatkan 37 000 tan plastik asli.
Kami melancarkan tiub generasi pertama yang menggabungkan kadbod untuk penjagaan kulit organik kami dan syampu buku pertama dengan pembungkusan plastik sifar.

Plastik apakah yang boleh dikitar semula?

Kebanyakan plastik yang digunakan oleh Garnier dalam pembungkusan kami hari ini ialah PET (Polietilena Tereftalat), PP (Polipropilena) dan PE (Polietilena). Bahan-bahan ini boleh dikitar semula dan diguna semula beberapa kali, dan merupakan bahan plastik yang paling biasa dikitar semula di dunia.

Plastik PCR (kitar semula pasca pengguna) dikitar semula dari sisa plastik yang berasal dari produk pengguna. Garnier komited untuk menggunakan 100% plastik PCR atau plastik bersumber bio menjelang 2025.

Garnier percaya bahawa adalah menjadi tanggungjawab kami untuk meningkatkan kesedaran berkaitan bahagian produk kami yang boleh dikitar semula. Kami sedang membangunkan video dan tutorial mengenai pelbagai jenis plastik dan pelbagai aliran kitar semula.


Bagaimana Garnier mengurangkan plastik?

Kami telah mendasarkan strategi maju ke hadapan kami untuk mencapai pembungkusan reka bentuk eko terhadap 4 teras: menggunakan bahan yang dikitar semula, mereka bentuk semula dan menginovasi, mengguna semula dan mengitar semula.

  • Inovasi

Sesetengah inovasi pengurangan plastik kami yang sangat mengujakan kami dilancarkan pada 2020. Syampu buku UltraDoux, penyelesaian "plastik sifar" terunggul, mempunyai pembungkusan yang diperbuat daripada 100% kadbod yang diperakui FSC. Ultra-Doux Ecopack mengurangkan kuantiti plastik yang digunakan untuk syampu kami sebanyak 80%. Dan Garnier Bio Hemp Moisturizer didatangkan dalam tiub berasaskan kadbod.

  • Produk Sedia Ada

Matlamat kami adalah untuk meringankan plastik yang digunakan dalam pembungkusan dan menggantikannya dengan plastik yang boleh dikitar semula atau dikitar semula daripada menggunakan plastik asli. Untuk ini, kami memerlukan sumber yang besar, sebaik-baiknya setempat, untuk Plastik Kitar Semula Pasca Pengguna dan bahan-bahan lestari lain. Dengan bekerjasama erat dengan pembekal pembungkusan dan pengeluar plastik, kami membangunkan sumber bekalan PCR yang teguh, mensasarkan untuk mencapai 100% menjelang 2025.

  • Pulangan

Pada 2019, penggunaan plastik kitar semula kami menjimatkan 3670 tan plastik asli. Menjelang penghujung 2020, semua botol plastik Fructis akan diperbuat daripada 100% plastik yang dikitar semula di Eropah dan Amerika Syarikat. Dengan menggunakan plastik yang dikitar semula akan menjimatkan 7000 tan plastik asli secara keseluruhan pada 2020. Menjelang 2025 semua produk kami akan diperbuat dengan plastik asli sifar, dan semua pembungkusan kami akan boleh dikitar semula, boleh diguna semula atau boleh dikompos, menjimatkan 37,000 tan plastik asli setiap tahun.

  • Komuniti

Kami bekerjasama dengan NGO Plastics for Change dan akan mengitar semula bertan-tan plastik serta menyediakan pemungut sisa buangan dengan pendapatan yang stabil dan akses kepada perkhidmatan sosial di India. Kami juga merasakan ia adalah tanggungjawab kami untuk menggalakkan pengguna kami untuk mengitar semula. Dengan cara ini, kami akan mengurangkan kebocoran plastik ke alam sekitar.


Bagaimana kita mengitar semula plastik?

Plastik yang boleh dikitar semula dikumpulkan, dibersihkan dan diasingkan mengikut jenis plastik. Ia kemudiannya dicincang, dicuci, dicairkan dan dibentuk semula menjadi pelet, atau butiran. Plastik butiran ini digunakan untuk membuat pembungkusan baru.

Kumpulan L'Oréal membentuk konsortium bersama CARBIOS untuk membangunkan bioteknologi dalam pengitaran semula. * Garnier akan memanfaatkan hasil proses ini ketika mereka bentuk pembungkusan baru, membantu mempromosikan ekonomi pusingan.

*CARBIOS telah membangunkan proses kitar semula bio berenzim untuk plastik yang memecah polimer kepada komponen asas (monomer) yang pada asalnya digunakan untuk membuatnya. Setelah dipisahkan dan ditulenkan, monomer boleh digunakan lagi untuk membuat plastik dengan prestasi yang sama seperti plastik asli, tanpa kehilangan nilai menerusi proses pengitaran semula.


Bagaimana mengguna semula pembungkusan?

Garnier memberi komitmen untuk mempromosikan sistem yang dapat diguna semula atau diisi semula, merintis perkongsian dan model baru. Kami bekerjasama dengan LoopTM (di Perancis) untuk membina platform membeli-belah pusingan yang inovatif yang menggantikan pembungkusan guna sekali pakai buang dengan pembungkusan plastik yang boleh diguna semula untuk jangka panjang.


Apa itu plastik asli?

Plastik asli adalah plastik yang baru dihasilkan yang tidak pernah digunakan dalam produk atau diproses sebelumnya. Loji kitar semula mengambil plastik asli yang dibuang oleh pengguna dan menggunakannya sebagai bahan mentah mereka.

Garnier mensasarkan untuk menjimatkan 37,000 tan plastik asli setiap tahun. Kami mencipta semula pembungkusan kami agar ia akan dapat diguna semula, dikitar semula atau dikompos menjelang 2025. Pada masa itu, semua produk kami akan diperbuat dengan plastik asli sifar, menggunakan 100% plastik kitar semula pasca pengguna (PCR) atau plastik bersumber bio.


Bagaimana Garnier mengurangkan berat pembungkusan mereka?

Garnier memberi komitmen untuk mengurangkan berat dan saiz pembungkusan dengan mereka semula penutup dan botol plastik, mengurangkan saiz paket, dan mengeluarkan pelapik daripada paket. Kami juga berinovasi ke arah pembungkusan baru yang bebas plastik dan mencari alternatif baru untuk menggantikan format guna sekali. Dengan meringankan pembungkusan plastik kami, kami menjimatkan lebih daripada 592 tan plastik asli pada 2019. Kami akan terus meringankan pembungkusan plastik kami, untuk mencapai 858 tan plastik yang dijimatkan pada 2020.

Lebih banyak tenaga yang boleh diperbaharui

Sepanjang 15 tahun yang lalu, kami mengurangkan penggunaan air di tapak perindustrian kami sebanyak 45%, dan pelepasan CO2 sebanyak 72%.

Menjelang 2025, 100% tapak perindustrian kami akan mengamalkan neutral karbon dengan hanya menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui sahaja.

Bagaimana mengurangkan pelepasan CO2?

Semua loji kami telah berusaha secara berterusan untuk menurunkan pelepasan karbon dengan meningkatkan kecekapan tenaga menerusi reka bentuk bangunan dan penebatan yang lebih baik, serta menggunakan teknologi cekap tenaga untuk proses perindustrian dan akhirnya mendapatkan lebih banyak tenaga setempat yang boleh diperbaharui.

Usaha sebegini membawa kepada kami menurunkan jejak karbon sebanyak 72% dari 2005-2019. Walau bagaimanapun, matlamat kami agar semua tapak perindustrian kami mengamalkan neutral karbon menjelang 2025. Kami akan melakukannya dengan memanfaatkan teknologi yang paling sesuai bagi setiap tapak: biometanisasi, panel solar, biojisim, tenaga angin, dan lain-lain.


Bagaimana mengurangkan penggunaan tenaga?

Dalam kemudahan pengeluaran dan pusat pengedaran kami, kami akan terus mengoptimumkan penggunaan tenaga kami, dengan matlamat untuk menggunakan 100% tenaga yang boleh diperbaharui menjelang 2025.


Apa itu kilang lestari?

Kilang lestari ialah kilang yang menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui dan mengamalkan neutral karbon.


Bagaimana mengurangkan penggunaan air?

"Garnier memikirkan semula penggunaan air di seluruh tapaknya untuk mengurangkan penggunaan air perindustriannya dengan ketara. Kami sudah mempunyai kilang dengan tiga gelung air (three "waterloop" factory) yang 100% penggunaan air perindustriannya (sebagai contoh, untuk pembersihan dan penyejukan) adalah air yang dirawat semula, dikitar semula atau diguna semula. Kami tidak lagi memerlukan air segar untuk proses-proses ini.

Dengan merawat dan mengguna semula air berkualiti tinggi dalam gelung dalaman, kami dapat mengurangkan penggunaan air dan kesan alam sekitar kilang kami. Kilang dengan tiga gelung air kami menjimatkan lebih daripada 8 juta liter air pada 2019 berbanding 2018, dan memberi inspirasi kepada banyak kilang lain di seluruh dunia.


Bagaimana Garnier mengurangkan kesan karbon mereka?

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk mengurangkan kesan alam sekitar produk kami, kami akan menyokong semua tapak perindustrian Garnier untuk mengamalkan neutral karbon dan dengan menerima guna 100% tenaga yang boleh diperbaharui dalam masa lima tahun akan datang.

Lebih banyak tindakan untuk memerangi pencemaran plastik

Pada 2019, Garnier bergabung tenaga dengan Ocean Conservancy untuk memerangi pencemaran plastik. Pada 21 September, kami menggerakkan seramai 355 pekerja di seluruh dunia bersempena hari pembersihan Pantai Antarabangsa. Pada 19 September 2020, kami akan menyertai Ocean Conservancy dalam usaha sukarela satu hari terbesar di dunia untuk menentang pencemaran plastik.

Apakah tindakan yang akan ditetapkan oleh Garnier untuk melindungi lautan?

Untuk memberi kesan positif melangkaui industri kecantikan, kami telah menjalin kerjasama dengan Ocean Conservancy, sebuah NGO yang berusaha untuk mengubah gelombang plastik lautan selama lebih daripada 30 tahun. Bersama-sama, kami akan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan membersihkan lautan dan pantai, dan menggalakkan pekerja dan pengguna kami untuk mengambil bahagian dalam Pembersihan Pantai Antarabangsa tahunan anjuran Ocean Conservancy, usaha sukarela satu hari terbesar di dunia untuk memerangi plastik lautan.

Kami juga bekerjasama dengan NGO Plastics for Change untuk membantu menyediakan komuniti pemungut sisa buangan di India dengan kadar yang wajar untuk plastik yang dibuang, memperbaiki keadaan kerja dan mempromosikan pengitaran semula.


Apa itu pencemaran plastik?

Pencemaran plastik telah menjadi cabaran yang mendesak dalam beberapa dekad kebelakangan ini. Hari ini, lebih daripada 350 juta tan daripada semua plastik dihasilkan setiap tahun, hanya 20% daripada sisa plastik dikitar semula di seluruh dunia. Selebihnya menjadi sisa buangan, mencemarkan alam sekitar kita. Hari ini, lebih daripada 75% daripada semua plastik yang dihasilkan di dunia menjadi sisa buangan. Pencemaran plastik membahayakan hidupan liar dan ekosistem semula jadi serta menyumbang kepada perubahan iklim.


Berapa banyak plastik dalam lautan?

Sehingga 12.7 juta tan plastik bocor ke lautan setiap tahun. Menjelang 2050, saintis meramalkan bahawa plastik akan mengatasi ikan di lautan. Dunia membuang setara 1 lori sampah yang penuh dengan plastik ke lautan setiap minit. (Sumber: Program Alam Sekitar PBB https://environmentlive.unep.org/marinepollution).


Bagaimana plastik sampai ke dalam lautan?

Pencemaran plastik di lautan kita disebabkan terutamanya apabila manusia tidak berpeluang untuk membuang sisa buangan mereka secara bertanggungjawab. Sebaliknya, sisa buangan plastik mereka sering memasuki sungai setempat, dan akhirnya mengalir ke lautan. Paling utama di tengah-tengah masalah ini, kebanyakan pencemaran plastik pada masa kini disebabkan oleh model perniagaan yang menyokong pembungkusan guna sekali; salah urus sisa buangan menyebabkan kebocoran plastik ke alam sekitar; dan rantaian bekalan kini menghasilkan plastik asli lima kali lebih banyak daripada plastik yang dikitar semula.


Apakah kesan plastik dalam lautan?

Lebih daripada 800 spesies haiwan laut terkesan dengan pencemaran plastik, sama ada melalui pengingesan, kekusutan atau pencemaran kimia. Ia adalah penyebab kematian berjuta-juta burung laut dan mamalia laut, sesetengah spesies laut berada di ambang kepupusan kerana pencemaran lautan plastik. Pengambilan plastik oleh hidupan laut menyebabkan masalah kesihatan yang menyebarkan rantai makanan tersebut kepada haiwan laut yang lebih besar dan akhirnya kepada manusia yang memakan mereka. Plastik dalam laut juga mencemarkan air lautan, menurunkan kadar oksigen dan memberi kesan kepada kelangsungan hidup haiwan laut termasuk ikan paus, ikan lumba-lumba dan penguin. Burung dan haiwan darat terjerut leher oleh plastik di pantai. Ia menimbulkan ancaman terhadap fungsi ekosistem laut, dan zarah plastik mikro yang terapung di lautan adalah toksik bagi semua hidupan.

Laporan Kemajuan Lestari 2020

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tindakan kami sejak 2019, kami telah menyediakan Laporan Kemajuan Lestari 2020 untuk memberi anda maklumat yang telus mengenai amalan kami.