Syarat-Syarat Penggunaan

1. Terima kasih dan selamat datang ke www.garnier.com.my (Laman Web). Sila baca terma-terma dan syarat-syarat ini (Terma) sebelum menggunakan Laman Web yang dikendalikan oleh L'Oréal Malaysia Sdn Bhd yang beralamat di No 8, 13A & 15, Uptown 2, No. 2, Jalan SS21/37, Damansara Uptown, 47400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, (L’Oréal). Dengan menggunakan Laman Web ini, anda mengakui bahawa anda menerima dan bersetuju dengan Terma ini sebagai syarat diberi akses kepada Laman Web oleh L’Oréal. Dari semasa ke semasa L’Oréal mempunyai hak untuk mengubahsuai Terma ini. Oleh itu, sila menyemak Terma secara berkala apabila mengakses atau menggunakan Laman Web. Penggunaan Laman Web anda berikutan sebarang perubahan sedemikian akan dianggap sebagai persetujuan anda untuk mengikuti Terma-Terma yang diubah. Jika pada bila-bila masa anda enggan menerima Terma, anda tidak boleh mengakses Laman Web ini. Dari semasa ke semasa L’Oréal boleh menganjurkan pertandingan dan promosi melalui Laman Web yang tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang berasingan yang akan diposkan oleh L’Oréal.

 

2. MAKLUMAT
Walaupun L’Oréal telah berusaha untuk memastikan ketepatan maklumat yang terdapat di Laman Web, L’Oréal tidak menjamin atau memberi sebarang jaminan mengenai ketepatan, ketepatan masa atau kesempurnaan sebarang maklumat atau bahan yang dipaparkan di Laman Web.

 

3. PAUTAN WEB
Jika wujudnya pautan web yang membolehkan anda meninggalkan Laman Web ini atau yang membolehkan anda mengakses Laman Web ini dari laman web pihak ketiga, anda dinasihatkan bahawa laman pihak ketiga tidak berada di bawah kawalan L’Oréal dan L’Oréal tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kandungan atau pautan web yang dipaparkan di laman web pihak ketiga tersebut. Kewujudan pautan web ke laman web pihak ketiga tidak menandakan sokongan oleh L’Oréal terhadap laman web tersebut atau produk atau perkhidmatan yang terkandung dalam mana-mana laman web yang dipautkan. Setakat mana Laman Web ini mengandungi pautan wen ke atau boleh diakses dari mana-mana pihak ketiga yang tidak dikawal oleh L'Oréal, sebarang kekhuatiran mengenai sebarang perkhidmatan atau sumber atau sebarang pautan ke arah itu harus diarahkan kepada pihak ketiga tersebut.

 

4. HARTA INTELEK
Laman Web, termasuk (tetapi tidak terhad kepada) teks, kandungan, perisian, video, muzik, bunyi, grafik, gambar, ilustrasi, karya seni, gambar, nama, logo, cap dagangan, tanda perkhidmatan dan bahan lain (Kandungan) dilindungi oleh hak cipta, cap dagangan, dan/atau hak proprietari lain.
Kandungan tersebut termasuk kandungan yang dimiliki atau dikawal oleh L’Oréal dan kandungan yang dimiliki atau dikawal oleh pihak ketiga dan dilesenkan kepada L’Oréal. Semua artikel, laporan, dan elemen lain yang membentuk Laman Web mungkin berfungsi sebagai hak cipta. Anda bersetuju untuk mematuhi semua notis atau sekatan hak cipta tambahan yang terkandung dalam Laman Web.
Anda tidak dibenarkan untuk mengguna apa-apa hak cipta, nama dagangan tanpa kebenaran bertulis L'Oréal dan anda mengakui bahawa anda tidak mempunyai hak milik atas apa hak cipta dan nama dagangan di atas.
Anda setuju untuk memberi pemberitahuan bertulis kepada L'Oréal secara segara apabila anda mendapat tahu tentang apa-apa akses atau penggunaan Laman Web yang tidak dibenarkan dari apa-apa pihak atau pendakwaan bahawa Laman Web atau apa-apa kandungan di Laman Web telah melanggar hak cipta, hak cap dagangan, hak kontrak, hak undang-undang am, atau hak undang-undang berkanun mana-mana pihak yang lain.

 

5. LESEN DAN HAK MUAT TURN
Anda tidak memperoleh hak atau lesen dalam atau atas Laman Web dan/atau Kandungan selain daripada hak yang terhad untuk menggunakan Laman Web selaras dengan Terma ini dan untuk memuat turun mengikut Terma seperti yang terkandung dalam seksyen ini. Selain daripada yang terkandung dalam seksyen ini, anda tidak boleh menyalin, mengeluarkan semula, menyusun semula, membongkar, menyebarkan, menerbitkan paparan, melaksanakan, mengubahsuai, memuat naik untuk membuat kerja derivatif yang lain, menghantar, atau dengan cara lain mengeksploitasi mana-mana bahagian Laman Web ini.
Pemuatan turun dibenarkan oleh L'Oréal seperti di bawah sahaja:

  1. anda membuat satu salinan apa-apa yang dimuat turun sahaja;
  2. anda akan menggunakan bahan yang dimuat turun atau salinanya untuk penggunaan peribadian sahaja dan bukan tujuan komersial;
  3. anda mengekalkan notis hak cipta dan terikat dengan terma-terma notis tersebut. Anda tidak dibenarkan untuk menjual atau mengedar Kandungan melalui apa-apa perantara (termasuk melalui televisyen atau radio atau rangkaian komputer). Anda tidak dibenarkan memaparkan mana-mana bahagian Laman Web sebagai laman web yang lain melalui hyperlink framing atau cara-cara yang lain. Penggunan Laman Web dan maklumat yang terdapat dalam Laman Web untuk pembinaan pangkalan data tidak dibenarkan. Laman Web dan maklumat yang terdapat dalam Laman Web tidak boleh disimpan di dalam pangkalan data untuk diakses anda atau mana-mana pihak ketiga yang lain atau untuk mengedar apa-apap pangkalan data laman web yang mengandungi Laman Web.

 

6. 'COOKIES'
Jika anda menggunakan Laman Web kami, kami boleh mengumpul alamat IP anda dan jenis pelayar anda untuk pentadbiran sistem dan/atau tujuan statistik tetapi tanpa mengumpul maklumat individu lain. 'Cookie' boleh diletakkan pada peranti anda untuk membolehkan anda menggunakan Laman Web.
'Cookie' adalah data kecil yang boleh dimuat turun dan disimpan oleh peranti anda apabila anda mengakses Laman Web. ‘Cookie’membenarkan L’Oréal mengenali peranti anda semasa anda melawat Laman Web kami tetapi tidak membolehkan kami mengumpul sebarang maklumat yang dapat mengenal pasti data peribadi dari peranti anda.
Kami akan menggunakan ‘Cookie’ untuk menjejaki aktiviti di Laman Web kami dan untuk mengenali anda apabila anda melawat Laman Web kami dan untuk memapar kandungan yang sepadan dengan minat anda.
Pelayar web biasanya ditetapkan secara asal untuk menerima ‘Cookie’ tetapi anda dengan mudah boleh mengubah tetapan pelayar web anda dan/atau peranti anda sendiri setiap kali melihat kandungan melalui internet. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa sekiranya anda memilih untuk melumpuhkan ‘Cookie’, anda mungkin tidak dapat menggunakan sebahagian Laman Web kami dan ini mungkin menjejaskan penggunaan Laman Web anda.

 

7. 'COOKIES' PIHAK KETIGA

  1. Ikon rangkaian sosial. Di Laman Web kami, kami boleh menggunakan ikon rangkaian sosial dan kadangkala membenamkan kandungan video dari laman-laman web lain seperti YouTube. Dengan ini, apabila anda melihat kandungan dalam Laman Web yang diembed dari, sebagai contoh, YouTube atau klik ikon rangkaian sosial, ia akan membawa anda ke pautan ke laman sosial di mana ‘Cookie’ dari laman web tersebut akan disimpan dalam pelayar web dan/atau peranti anda. Kami tidak mengawal penyebaran ‘Cookie’ tersebut dan anda perlu mendapatkan maklumat lanjut berkenaan daripada laman web pihak ketiga yang tersebut.
  2. Flash Cookie. L’Oréal menggunakan fail Flash seperti Video Player untuk menyampaikan Kandungannya di seluruh Laman Web untuk meningkatkan pengalaman pengguna. Flash Cookie digunakan untuk menyediakan ciri seperti auto-resume dan untuk menyimpan pilihan anda. Flash Cookie disimpan di terminal anda dengan cara biasa yang sama seperti ‘Cookie’, namun anda tidak dapat mengurusnya di pelayar web seperti Cookies.
    Bagaimana melumpuhkan Flash Cookie: laman web Adobe telah memberikan maklumat yang komprehensif tentang cara memadamkan atau mematikan Flash Cookie, sila merujuk kepada www.adobe.com/products/flashplayer/security untuk maklumat lanjut. Sekatan penggunaan Flash Cookie boleh menjejaskan penggunaan Laman Web ini.

 

8. TIADA JAMINAN
Laman Web dan Kandungan disediakan sebagaimana adanya dan L’Oréal tidak memberi jaminan apa jua bentuk, samada secara nyata atau tersirat, setakat yang dibenarkan menurut undang-undang yang terpakai, termasuk (tetapi tidak terhad kepada) pengecualian jaminan hakmilik, kebolehdagangan, kualiti yang memuaskan, kesesuaian untuk tujuan tertentu dan hak proprietari atau pihak ketiga. L’Oréal menolak tanggungjawab atau liabiliti untuk fungsi-fungsi yang terdapat di Laman Web dan tidak memberi jaminan bahawa Laman Web akan beroperasi tanpa terganggu atau bebas dari kesilapan atau kecacatan yang akan diperbetulkan.L'Oréal tidak menjamin bahawa Laman Web serasi dengan peranti anda atau bahawa Laman Web atau pelayannya akan bebas daripada virus, worms, atau “Trojan Horse” dan L'Oréal tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kerugian atau kerosakkan yang berlaku.
L'Oréal tidak akan bertanggungjawab atas Kandungan yang disediakan oleh pihak ketiga. L'Oréal tidak akan bertanggugjawab terhadap kebolehpercayaan atau ketersediaan talian telefon dan peralatan yang digunakan anda untuk mengakses Laman Web.

 

9. PEMBATASAN LIABILITI
Anda mengakui bahawa penggunaan Laman Web anda, termasuk Kandungan, adalah pada risiko anda sendiri. Jika anda tidak puas hati terhadap Laman Web, Terma, atau apa-apa Kandungan, remedi tunggal anda adalah untuk berhenti mengguna Laman Web.
L'Oréal tidak akan, setakat sepenuhnya yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga untuk sebarang ganti rugi langsung, tidak langsung, berbangkit, atau, ganti rugi, keuntungan atau pendapatan yang hilang atau sebarang ganti rugi lain berdasarkan jaminan, kontrak, tort (termasuk pengabaian), atau yang lain-lain, walaupun L’Oréal telah mengetahui tentang kemungkinan tersebut yang timbul daripada penggunaan Laman Web anda.

 

10. PERUBAHAN KEPADA LAMAN WEB
Anda menerima bahawa L’Oréal mempunyai hak untuk mengubah kandungan atau spesifikasi teknikal mana-mana aspek Laman Web pada bila-bila masa menurut budi bicara L’Oréal. Anda seterusnya menerima bahawa perubahan itu mungkin mengakibatkan anda tidak dapat mengakses Laman Web.

 

11. MENANGGUNG RUGI
Anda bersetuju untuk menanggung rugi, mempertahankan dan mempertahankan L'Oréal, pekerja L'Oréal, wakil L'Oréal, dan ejen L'Oréal, daripada apa-apa tuntutan, prosiding, atau perbicaraan civil terhadap L'Oréal, pekerja L'Oréal, wakil L'Oréal, dan ejen L'Oréal, daripada mana-mana pihak ketiga, yang timbul daripada:

  1. penggunaan Laman Web anda;
  2. pelanggaran anda terhadap Terma-Terma oleh anda;
  3. tuntutan anda bahawa penggunaan Laman Web;
    1. melanggar hak harta intelek pihak mana-mana pihak; atau
    2. adalah memfitnah, atau mengakibatkan kecederaan atau kerosakan kepada mana-mana pihak ketiga;
  4. penghapusan, penambahan, penyisipan, atau perubahan kepada, atau penggunaan yang tidak dibenarkan terhadap Laman Web oleh anda; atau
  5. sebarang salah nyataan atau pelanggaran perwakilan atau jaminan yang dibuat oleh anda seperti yang terkandung di sini.

Rujukan kepada penggunaan Laman Web oleh anda dalam Terma akan terpakai kepada sebarang penggunaan oleh pihak ketiga di mana pihak ketiga mengakses Laman Web menggunakan komputer anda. Anda bersetuju untuk membayar L’Oréal, pekerja L’Oréal, wakil L’Oréal, dan ejen L’Oréal sebarang dan semua kos, ganti rugi, dan perbelanjaan (termasuk yuran guaman yang munasabah) yang diaward kepada mana-mana pihak atau yang dilakukan oleh mana-mana pihak berkaitan dengan atau yang timbul daripada mana-mana tuntutan pihak ketiga, tindakan atau prosiding yang boleh dikaitkan dengan mana-mana tuntutan pihak ketiga sedemikian.

 

12. PRIVASI
Sila merujuk kepada Notis Dasar Perlindungan Data Peribadi (Personal Data Protection) dan Notis Dasar Privasi (Privacy Policy Notice) kami.

 

13. PENYERAHAN DAN MAKLUMBALAS MAKLUMAT
Sebarang maklumat yang anda hantar melalui Laman Web ini tertakluk kepada dasar privasi L’Oréal dan kekal sebagai harta L’Oréal. Anda dilarang menghantar ke atau dari Laman Web ini sebarang bahan yang menyalahi undang-undang, mengancam, memfitnah, dan lucah, yang boleh menimbulkan sebarang liabiliti sivil atau jenayah di bawah undang-undang.

 

14. UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN TEMPATAN
L’Oréal tidak mewakili sama ada Laman Web atau Kandungan sesuai untuk digunakan atau dibenarkan oleh undang-undang tempatan di semua bidang kuasa. Mereka yang mengakses Laman Web berbuat demikian atas inisiatif mereka sendiri dan juga bertanggungjawab bagi mematuhi undang-undang atau peraturan tempatan yang sesuai untuk pematuhan; nasihat undang-undang perlu dicari jika anda menghadapi sebarang keraguan.

 

15. PEMISAHAN DAN PENEPIAN
Sekiranya mana-mana peruntukan Perjanjian ini didapati tidak sah oleh mana-mana mahkamah yang berkuasa, ketidaksahan peruntukan sedemikian tidak akan menjejaskan kesahan peruntukan Terma ini, yang akan terus berkuatkuasa dan berkesan dengan sepenuhnya. Tiada penepian sebarang tempoh Perjanjian ini akan dianggap sebagai pengabaian yang berterusan bagi sebarang tempoh atau sebarang Terma lain.

 

16. UNDANG-UNDANG DAN BIDANG KUASA
Terma-Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia dan tertakluk kepada bidang kuasa ekslusif mahkamah-mahkamah Malaysia.