Polisi Privasi

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN POLISI PRIVASI

Maklumat peribadi anda termasuk nama anda dan butir-butir hubungan yang anda berikan kepada Garnier oleh L'Oreal Malaysia Sdn. Bhd. (selepas ini dirujuk sebagai kita atau kami) dalam laman web ini (Data Peribadi) akan direkodkan, disimpan dan diproses oleh kami untuk mendapatkan maklumbalas anda berkenaan barangan dan perkhidmatan kami, pengiklanan, pemasaran, komunikasi, kaji selidik kelakuan pasaran, analisis trend, memproses permohonan keahlian atau pendaftaran anda di bawah program kesetiaan kami dan tujuan perniagaan sah kami yang lain (Tujuan).

Sila ambil maklum bahawa Data Peribadi anda boleh didedahkan kepada anggota sekutu kami, pembekal perkhidmatan dan rakan perniagaan yang berkaitan seperti agency perhubungan awam, firma penyelidik pasaran, agency pengiklanan (jika ada) bagi Tujuan tersebut dan sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang privasi data. Selain itu, adalah dimaklumkan bahawa kami adalah sebahagian daripada Kumpulan L'Oreal yang beroperasi di negara-negara lain. Oleh itu, akses kepada Data Peribadi anda mungkin diberikan kepada entiti lain dalam Kumpulan L'Oreal dan boleh dipindahkan ke luar Malaysia untuk pemprosesan Data Peribadi anda bagi mana-mana Tujuan yang disebut terdahulu, jika diperlukan.

Anda boleh meminta akses kepada atau pembetulan Data Peribadi anda atau menghadkan pemprosesan Data Peribadi pada bila-bila masa selepas ini dengan mengemukakan permintaan itu kepada kami melalui e-mel kepada Khidmat Pelanggan L'Oreal Malaysia ([email protected]) atau telefon di 1-300-22-2232 . Sila ambil perhatian adalah perlu untuk anda memberi Data Peribadi anda kerana tanpa Data Peribadi tersebut kami tidak dapat memproses Data Peribadi anda untuk Tujuan di atas termasuk mendapat maklumbalas anda. Dengan mengemukakan Data Peribadi anda di dalam laman web ini, anda bersetuju dengan pemprosesan dan pemindahan (jika perlu) Data Peribadi anda oleh kami.